AL-GHAZALI
Nama penuh adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali ath-Thusi,
biasa di panggil Abu Hamid, gelarannya hujjatul islam dan zainuddin, beliau di
lahirkan pada tahun 450H/1058M di sebuah kampung yang bernama Ghazalah di tus
di dalam wilayah Khurosan. Beliau seorang yang sangat cerdas,teliti,sempurna
jasadnya, istimewa pendapatnya, kuat hafalannya dan menguasai makna-makna yang
mendalam. Beliau juga seorang yang mahir di bidang Fiqh syafi’e, teologi,
tafsir, tasawuf dan syair-syair Arab. Beliau pergi ke Naisabur untuk belajar
kepada Imam Haramaini Juwaini, lalu berpindah ke Baghdad mengajar di Madrasah
Nidzamiyah, kemudian pergi ke Hijaz, Syam, mesir dan akhirnya kembali ke tempat
asalnya. Di akhir-akhir hayatnya sering menyendiri untuk mengarang kitab. Al-Ghazali
meninggal dunia pada hari isnin 14 jamadil akhir 505H/1111M di Tus (muhammad
sa’id 2010,437).
.
Imam Al-Ghazali sememangnya seorang penulis yang kaya dengan
idea dan buah fikiran di dalam menghasilkan karya. Di antara karya-karya beliau
yang terkenal ialah Bidayatul Hidayah, Minhaj al-Abidin, Al-Munqidh min ad-Dalal,
Maqasid al-Falasifah, Tahafut al Falasifah, Ihya’ Ulumuddin, Kimia as-Sa’adah,
Misykatul Anwar, al-Qistas al-Mustaqim, (Muhammad Abdullah 2009,107-108). Beliau
juga menghasilkan, karyanya yang diberi judul Al-Basith merupakan kitab fiqh
madzhab syafe’i, kitab ini kemudian diringkas menjadi al-Wasith, yang diringkas
lagi menjadi al-Wajiz, dan diringkas lagi menjadi al-Khulashah, mengenai
kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali ia meliputi bidang ilmu kalam,
tafsir al-quran, ushul fiqh, mantiq, tasawuf, akidah, falsafah dan lain-lain
lagi (Muhammad Sa’id 2010,362).
Menurut Al-Ghazali golongan ahli falsafah dan
aliran-alirannya yang beraneka ragam, secara kasar, dapat di bahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu ad-Dahriyyun(materialist), at-Tabi’iyyun(naturalist),
al-Ilahiyyun(Theist), kumpulan pertama ad-Dahriyyun golongan yang mengingkari
wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Kumpulan kedua golongan
ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan kejadian dan anatomi manusia,
tumbuhan serta haiwan, golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan di
hidupkan semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat. Kumpulan ketiga
adalah ahli theologi seperti Plato, Aristotle dan Socrates, golongan ini membahaskan
perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Al-Ghazali
berpendapat bahawa golongan yang membincangkan tentang soal ketuhanan yang
bertentangan dengan ajaran islam, maka wajiblah menolak pemikiran mereka dan
wajiblah mengkafirkan mereka (Muhammad Aizat 2012,265).
Kesimpulannya
beliau mempunyai sifat yang cintakan ilmu dan juga kepada ajaran islam, itulah
sebab yang utama beliau menjadi cendekiawan islam yang boleh menguasai dalam pelbagai
bidang ilmu. Beliau telah menyumbang banyak ilmunya kepada tamadun islam dan
juga kepada orang-orang islam di seluruh dunia, beliau menjadi rujukan kepada ummat
seluruh dunia sehingga hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan