Ahad, 16 November 2014

     PELABURAN MELALUI JUALAN  JOKOL EMAS


ramai dari kalangan kita belum mengetahui tentang pembelian dan jualan jokol emas ini. sekarang ini saya ingin menerangkan tentang perkara ini. sebenarnya pembelian jokol emas ini boleh di buat melalui facebook. tweeter. dan lain-lain. anda boleh melihat gambar ini sebagai contoh:




                seketul emas ini harganya lebih kurang RM 12000.00 tunai. sebenarnya perniagaan ini boleh di lakukan secara berkumpulan dan boleh juga secara induvidu. kalau berkumpulan anda boleh membuat modal yang  lebih besar dan keuntungannya pun akan berlipat kali ganda. jika anda berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan ini sila lawati facebook saya. PAMP suisse Malaysia . insyaallah di page sana saya akan memuat naik tentang info-info harga emas pasaran dan emas yang akan di jual dan di beli, 

jikalau anda berminat untuk membeli suisse ini ada boleh terus inbox dalam facbook saya. 

Khamis, 2 Oktober 2014


                                          AL-GHAZALI

                                                                                                              
  Nama penuh adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali ath-Thusi, biasa di panggil Abu Hamid, gelarannya hujjatul islam dan zainuddin, beliau di lahirkan pada tahun 450H/1058M di sebuah kampung yang bernama Ghazalah di tus di dalam wilayah Khurosan. Beliau seorang yang sangat cerdas,teliti,sempurna jasadnya, istimewa pendapatnya, kuat hafalannya dan menguasai makna-makna yang mendalam. Beliau juga seorang yang mahir di bidang Fiqh syafi’e, teologi, tafsir, tasawuf dan syair-syair Arab. Beliau pergi ke Naisabur untuk belajar kepada Imam Haramaini Juwaini, lalu berpindah ke Baghdad mengajar di Madrasah Nidzamiyah, kemudian pergi ke Hijaz, Syam, mesir dan akhirnya kembali ke tempat asalnya. Di akhir-akhir hayatnya sering menyendiri untuk mengarang kitab. Al-Ghazali meninggal dunia pada hari isnin 14 jamadil akhir 505H/1111M di Tus (muhammad sa’id 2010,437).
  Imam Al-Ghazali  sememangnya seorang penulis yang kaya dengan idea dan buah fikiran di dalam menghasilkan karya. Di antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Bidayatul Hidayah, Minhaj al-Abidin, Al-Munqidh min ad-Dalal, Maqasid al-Falasifah, Tahafut al Falasifah, Ihya’ Ulumuddin, Kimia as-Sa’adah, Misykatul Anwar, al-Qistas al-Mustaqim, (Muhammad Abdullah 2009,107-108). Beliau juga menghasilkan, karyanya yang diberi judul Al-Basith merupakan kitab fiqh madzhab syafe’i, kitab ini kemudian diringkas menjadi al-Wasith, yang diringkas lagi menjadi al-Wajiz, dan diringkas lagi menjadi al-Khulashah, mengenai kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali ia meliputi bidang ilmu kalam, tafsir al-quran, ushul fiqh, mantiq, tasawuf, akidah, falsafah dan lain-lain lagi (Muhammad Sa’id 2010,362).

     Menurut Al-Ghazali golongan ahli falsafah dan aliran-alirannya yang beraneka ragam, secara kasar, dapat di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu ad-Dahriyyun(materialist), at-Tabi’iyyun(naturalist), al-Ilahiyyun(Theist), kumpulan pertama ad-Dahriyyun golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Kumpulan kedua golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan, golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan di hidupkan semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat. Kumpulan ketiga adalah ahli theologi seperti Plato, Aristotle dan Socrates, golongan ini membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Al-Ghazali berpendapat bahawa golongan yang membincangkan tentang soal ketuhanan yang bertentangan dengan ajaran islam, maka wajiblah menolak pemikiran mereka dan wajiblah mengkafirkan mereka (Muhammad Aizat 2012,265).

   Kesimpulannya beliau mempunyai sifat yang cintakan ilmu dan juga kepada ajaran islam, itulah sebab yang utama beliau menjadi cendekiawan  islam yang boleh menguasai dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau telah menyumbang banyak ilmunya kepada tamadun islam dan juga kepada orang-orang islam di seluruh dunia, beliau menjadi rujukan kepada ummat seluruh dunia sehingga hari ini.  

Isnin, 29 September 2014

UMRAH BERSAMA USTAZ HARRYANTO RIZAL

                                     UMRAH BERSAMA USTAZ HARRYANTO RIZAL Pengenalan syarikat UHR Travel & Tours ia ditubuhkan...