Selasa, 2 Jun 2015

PENGANIAYAAN DAN PENCABULAN HAK ASASI MASYARAKAT ROHINGYA OLEH INSTITUSI KERAJAAN


           Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak lama, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa seperti Amerika, walaupun secara nyata-nyata kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Terdapat pelbagai faktor diantaranya faktor politik yang menyebabkan seolah-olah dunia berdiam diri terhadap nasib kaum Rohingya. Punca terjadinya penghapusan kaum Muslim Rohingya di Myanmar. Menurut sejarah, adalah diketahui bahawa usaha penghapusan kaum Rohingya telah lama terjadi di Myanmar. Dalam konteks ini termasuklah peranan Kerajaan Myanmar, masyarakat Myanmar dan yang menyedihkan, termasuk juga pemuka agama Buddha di sana yang “mengizinkan” atau menyetujui penyingkiran atau penghapusan Kaum Muslim Rohingya. Mereka memandang bahawa kaum ini bakal memberi masalah atau “menguasai” Myanmar di kemudian hari sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar di masa hadapan. Pelbagai usaha oleh kumpulan NGO dari seluruh dunia telah dilakukan untuk menghentikan penindasan dan dan penganiyaan terhadap Kaum Rohingya ini akan tetapi usaha mereka itu sia-sia sahaja. Dari aspek Viktimologi ( Separovic,1985) konflik antara dua entity dalam suatu hubungan masyarakat mengakibatkan pihak yang lemah menjadi mangsa akibat di aniaya oleh perbuatan pihak yang lebih agresif atau hebat dari segi fizikal dan kekuasaan. Maka tindakan oleh kerajaan Myanmar ini terhadap rakyat nya sendiri dari etnik yang berbeza dari arus perdana adalah suatu institutional victimization. Hal ini juga pernah berlaku di zaman Peperangan Dunia Kedua di mana pihak Nazi melakukan ethnic cleansing terhadap etnik Yahudi di negara Jerman dan juga semasa peperangan saudara di negara yang dahulunya Yugoslavia terhadapa etnik Bosnia beragama Islam





Pengenalan


          Usaha penghapusan sesebuah etnik telah lama terjadi di muka bumi, dan salah satu kes penghapusan etnik terbesar yang pernah terjadi adalah penghapusan etnik Yahudi oleh Nazi Jerman semasa perang dunia ke-2. Pembunuhan besar-besaran bangsa di Rwanda adalah pembunuhan beramai pada tahun 1984 yang melibatkan beratus-ratus ribu orang (lebih kurang 500 ribu orang) dari dua kaum di Rwanda iaitu Kaum Tutsi dan Kaum Hutu menjadi mangsa

             Kes penghapusan etnik atau ethnic cleansing yang cukup popular pada tahun 1990-an adalah kes penghapusan etnik Bosnia oleh Kaum Serbia. Kejadian ini berlaku kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, maka kaum Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentaranya untuk membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari Etnik Islam Bosnia di wilayah itu (Mrbelia, 2011).

        Kes penghapusan etnik yang menjadi isu dan permasalahan dunia pada saat ini adalah penghapusan etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Etnik Rohingya adalah etnik minoriti yang duduk di wilayah Rakhine, Myanmar Barat, berbatasan dengan Bangladesh. Asal usul etnik ini tidak jelas, terdapat beberapa sumber yang saling berjanggah tentang asal usul etnis ini, satu sumber mengatakan bahawa etnis ini tidak pernah eksis sebelum tahun 1950, ada pula sumber yang mengatakan bahawa etnis Rohingya sudah ada sejak zaman penjajahan Inggeris pada tahun 1824. Walaupun banyak pendapat dan pandangan tentang etnis ini, akan tetapi fakta pentingnya adalah Etnis Rohingya bukanlah etnis asal dari Negara Myanmar. Secara fizikal, etnis Rohingya lebih kurang sama dengan orang Bengalis (Asia Bara) seperti orang India dan Pakistan daripada orang Myanmar yang serupa dengan orang Asia Tenggara pada am nya (Anindya, 2012).



Kaum rohingnya

            Rohingya adalah orang-orang Islam yang tinggal di kawasan Arakan di barat Myanmar (Burma). Pada 2012,  800,000 Rohingya tinggal di Myanmar. Menurut PBB, mereka adalah salah satu minoriti yang paling dianiaya di dunia. Banyak Rohingya telah melarikan diri ke tempat ghetto kaum dan kem-kem pelarian di Bangladesh jiran, dan kawasan di sepanjang sempadan Thai-Myanmar.

           Asal-usul istilah "Rohingya" dipertikaikan oleh sesetengah sejarawan Rohingya seperti Khalilur Rahman. ia menegaskan bahawa Rohingya panjang berasal dari 'rahmat' Rahmah makna perkataan Bahasa Arab. Mereka mengesan belakang istilah bangkai kapal di abad ke-8 CE. Menurut mereka, selepas kapal Arab yang merosakkan berhampiran Ramree Pulau, pedagang Arab telah diperintahkan supaya disempurnakan oleh raja Arakanese. Kemudian, mereka menjerit dalam bahasa mereka, 'Rahma'. Oleh itu, orang-orang ini dipanggil 'Raham'. Beransur-ansur ia berubah dari Raham untuk Rhohang dan akhirnya Rohingya.

                Walau bagaimanapun, tuntutan itu telah dipertikaikan oleh Jahiruddin Ahmed dan Nazir Ahmed, bekas presiden dan Setiausaha Persidangan Arakan Islam. Mereka berhujah bahawa bangkai kapal umat Islam kini dikenali sebagai umat Islam 'Thambu Kya', dan kini tinggal di sepanjang pantai laut Arakan. Jika Rohingya panjang memang diperolehi kerana kumpulan itu umat Islam, "Thambu Kyas" akan menjadi kumpulan pertama yang dikenali sebagai Rohingya. Menurut mereka, Rohingya adalah keturunan penduduk Ruha di Afghanistan.

                  Seorang lagi ahli sejarah, MA Chowdhury berhujah bahawa di kalangan penduduk Islam di Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese Kingdom) telah diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini dipanggil Rohingya.

                    Burma sejarah seperti Khin Maung Saw telah mendakwa bahawa Rohingya panjang tidak pernah muncul dalam sejarah sebelum tahun 1950-an. Menurut ahli sejarah lain, Dr. Maung Maung, tidak ada perkataan itu sebagai Rohingya pada tahun 1824 banci tinjauan yang dijalankan oleh British. Ahli sejarah, Aye Chan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Kanada berkata bahawa Rohingya panjang telah dicipta oleh keturunan Benggali dalam tahun 1950-an yang berhijrah ke Arakan semasa Era Kolonial. Beliau seterusnya berhujah bahawa istilah ini tidak boleh ditemui di mana-mana sumber sejarah dalam bahasa mana-mana sebelum tahun 1950-an. Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa ia tidak bermakna masyarakat Islam tidak wujud di Arakan sebelum 1824 (Wikipedia, 2012).

                     Walau bagaimanapun, pakar sejarah Arakan Dr. Jacques P. Leider menunjukkan bahawa Rooinga panjang sebenarnya yang digunakan dalam laporan lewat abad ke-18 yang disiarkan oleh Francis British Buchanan-Hamilton. Dalam artikelnya 1799 "Perbendaharaan Kata Perbandingan Beberapa Bahasa yang Dituturkan di Empayar Myanmar, "Buchanan-Hamilton menyatakan:" Sekarang saya akan menambah tiga dialek, bercakap dalam Empayar Myanmar, tetapi ternyata berasal dari bahasa negara Hindu pertama adalah bahasa yang dituturkan oleh Mohammedans, yang mempunyai. lama menetap di Arakan, dan yang memanggil diri mereka Rooinga, atau anak negeri Arakan (Wikipedia, 2012). Leider juga menambah bahawa etimologi perkataan" tidak berkata apa-apa tentang politik. " Dia menambah bahawa "Anda boleh menggunakan istilah ini untuk diri sendiri sebagai label politik untuk memberi diri anda identiti dalam abad ke-20. Sekarang bagaimana ini istilah yang digunakan sejak tahun 1950-an? Ia adalah jelas bahawa orang yang menggunakannya mahu memberikan identiti ini kepada masyarakat bahawa tinggal di sana (Wikipdeia, 2012).




Hak Asasi Manusia di Myanmar


1) Lokasi

                 Untuk maklumat yang lebih menarik, baik dalam keadaan normal mahupun keadaan kacau, Timur Tengah adalah kawasan yang banyak mendapat liputan dan komentar. Apabila peristiwa yang luar biasa berlaku di wilayah ini, secara semula jadi menarik mata dan telinga kamera berita dari seluruh dunia.  Keadaan yang sebaliknya terjadi di Asia, walaupun China mempunyai kekuasaan di pentas dunia akan tetapi pemberitaan tentang Asia masih kurang mendapat perhatian, dan Amerika sebagai negara adikuasa tidak peduli dengan kawasan Asia. Kawasan Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan di Asia merupakan suatu wilayah yang sering dilupakan oleh masyarakat Amerika, malahan majoriti besar rakyat Amerika mungkin tidak dapat menemukan Myanmar di atas peta. Akibatnya krisis perkauman yang terjadi di Myanmar tidak mendapat liputan yang luas sehingga tidak diketahui oleh masyarakat dunia, ditambah lagi kekeliruan maklumat yang melemahkan daya tarikan berita tentang krisis perkauman yang sedang terjadi di Myanmar



2) Tidak Memiliki Tanah Air Sendiri


                  Kebebasan mobiliti, identiti, dan yang terpenting adalah akses kepada hak mereka sebagai suatu bangsa. Ketiadaan tanah air seperti yang biasa dituntut oleh beberapa negara berdaulat, menimbulkan tanggapan masyarakat kalau mereka yang tidak memiliki tanah air sendiri seperti bangsa yang terbelakang atau ketinggalan zaman dalam dunia moden ini.

                 Isu ketiadaan kewarganegaraan dan tanah air adalah hal yang biasa bagi orang Islam seperti penderitaan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel. Dibandingkan rakyat Palestin, kaum Rohingya lebih menderita dan tidak dapat menikmati hak sivil mereka. Seramai 800,000 Rohingya di Myanmar dinafikan taraf kewarganegaraan oleh kerajaan tentera junta, tanah mereka secara rutin dirampas, anak-anak mereka dinafikan peluang mendapat pendidikan, orang dewasa dinafikan peluang untuk mendapat pekerjaan di luar kampung mereka , dan mereka tidak diizinkan berkahwin tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan



Isu Pencabulan Hak Asasi Kaum Rohingya


                Tragedi keganasan yang dialami oleh etnik Rohingya pada masa ini telah terjadi semenjak 1938, dan seramai 30,000 Muslim Rohingya telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Kejadian yang sama telah berulang pada tahun 1942, 1968, 1992, dan 2012 (Froyoplus, 2012). Penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar bermula pada tahun 1982 ketika secara tiba-tiba etnik Rohingya diisytihar pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Kerajaan Junta Burma pada tahun 1982, dan mengakibatkan Etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, bahkan telah diisytiharkan sebagai “pendatang” di tanah air sendiri.

               Sejak diluluskannya “Burma Citizenship Law of 1982” ini, kanak-kanak Etnik Rohingya telah dinafikan hak pelajaran mereka dan mengakibatkan kanak-kanak ini tidak dapat menyambung pelajarannya serta mendapat pelbagai tekanan seperti tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan lain sebagainya (Froyoplus, 2012).

            Keadaan semakin teruk dan menyedihkan apabila kaum wanita Etnik Rohingya tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai diantara mereka yang ditindas, mengalami diskriminasi, dirogok dan pelbagai tindak kekerasan lain. Selain itu, masyarakat Rohingya juga dinafikan daripada hak mendapat jagaan kesihatan atau perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik. Mereka dipaksa membayar harga perubatan yang terlalmpua tinggi dibandingkan masyarakat Myanmar lainnya (Froyoplus, 2012). Lebih menyedihkan lagi, Etnik Rohingya tidak dibenarkan menunaikan Haji atau pun menjalankan ibadah kurban semasa menyambut Aidil Adha. Dengan kata lain, Etnik Rohingya tidak memiliki kebebasan untuk menjalankan ajaran agamanya (Islam) (Froyoplus, 2012).

            penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya terjadi dalam pelbagai bentuk seperti perampasan rumah, tanah ternakan, pemusnahan dan arahan untuk tidak memperbaiki Masjid, penggantian Masjid dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, penangkapan dan penyiksaan tanpa bicara, rogol, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha (Froyoplus, 2012).


kesimpulan

               Penindasan dan pelanggaran hak asasi terhadap Kaum Rohingya benar-benar terjadi pada masa ini di Myanmar, dan ianya serupa dengan peristiwa penghapusan Kaum Yahudi oleh NAZI Jerman semasa perang dunia ke-2, serta penghapusan Kaum Muslim Bosnia oleh Kaum Serbia. Negara asal (Myanmar) dan negara serumpun mereka (Bangladesh) tidak bersedia menerima mereka menjadi warganya, keadaan ini menunjukkan bahawa telah terjadi kemerosotan yang sangat ketara terhadap nilai-nilai kemanusiaan di dunia ini, dan tiadanya usaha telus daripada sesebuah kerajaan untuk melindungi kaum yang lemah dan tertindas, walaupun di sisi lain mereka menyerukan demokrasi. Ketakutan terhadap suatu faham kepercayaan (agama) lebih kuat berbanding penerapan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama tanpa memandang kaum, agama, status dan jantina.





Rujukan

Froyoplus. 2012. Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Buddha. http://froyoplus.com/mengenali-etnik-rohingya-di-myanmar-serta-pertempuranantara-islam-dan-budhha.xhtml/, 26 November 2012.

Mrbelia. 2011. Kekejaman Tentera Serbia Keatas Umat Islam Bosnia. http://mrbelia.pun.bz/kekejaman_tentera-serbia-keatas-umat-isl.xhtml, 26 November 2012.


Martin Wright, Justice for Victims and Offenders, Open University Press, Milton Keynes 1991.







UMRAH BERSAMA USTAZ HARRYANTO RIZAL

                                     UMRAH BERSAMA USTAZ HARRYANTO RIZAL Pengenalan syarikat UHR Travel & Tours ia ditubuhkan...